Sunday, February 24, 2019

Seorang Bankrap enggan melaporkan hutangnya ke Ketua Insolvensi

Situasi:

Seorang lelaki diisytihar bankrap oleh Bank A.
Dalam masa yang sama , lelaki tu berhutang dengan Bank B  tapi Bank B tidak isytiharkan lelaki itu bankrup.

Bolehkah lelaki tersebut tidak melaporkan pada DGI  tentang hutangnya dengan Bank B?

Jawapan:

Section 109 (1) (d) Insolvency Act 1967 (1 November 2017) kata;

Seorang bankrap boleh dihukum penjara atau denda atau penjara dan denda jika dia tidak melaporkan kepada DGI segala hutangnya yang belum bayar sebanyak RM100 dan ke atas selepas persembahan petisyen bankrap terhadapnya. (Kecuali dia boleh buktikan yang dia tiada niat menipu).

Kesimpulannya:

Seorang bankrap wajib beritahu Ketua Insolvensi segala hutangnya terhadap bank lain walaupun bank lain buat senyap je.

* Bank A dan Bank B : pemiutang.
* DGI (Director General of Inolvency):  Ketua Insolvensi.
* Bank A : Pemiutang yang menyebabkan lelaki itu bankrap.

Rujukan tambahan:

Pelepasan Bankrap Penyelesaian Penuh Pemiutang

No comments:

Post a Comment