Sunday, February 24, 2019

Borang 3, Borang 4, Borang 5

Chambering di Melaka, FEBRUARI 2019

Isi Borang 3, Borang 4, Borang 5.


Buat e filing " Pemfailan Baru" di Mahkamah Tinggi Melaka.
Lepas diluluskan, akan dapat nombor saman pemula, isi nombor saman pemula pada borang 3,4,5. Perlu ekstrak Borang 3 dan print berwarna.

Kemudian, buat penyampaian (Borang1, Afidavit, Borang 2) dan (Borang 3 yang telah diekstrak, Borang 4, Borang 5) ke;
1. Malaysian Bar (bar Council);
2. Jabatan Peguam Negara (Attorney General Chamber); dan
3. Jawatankuasa Peguam Melaka (State Bar).

 Kepilkan borang asing-asing jadi dua set;
1. Cover letter + Borang 1, Afidavit, Borang 2 (satu set).
2. Cover letter + Borang 3,4,5 (satu set)

Lepas dah buat penyampaian, pupil akan terima:-
1. Email dari Malaysian Bar:
    - Borang Ethic & Professional Course
    - Borang Pupil dan Master's Particulars
    -Perlu buat pembayaran RM150 secara bank draf atas nama MALAYSIAN BAR ( yang ni                   mencabar sikit sebab Malaysian Bar tak bagi nombor akaun,, jadi aku dan banker turut
     confius nak tulis cek macammana,, jadi aku disuruh untuk buat bank draf,,, dalam
     application form tu letak je nama MALAYSIAN BAR,,, pastu letak alamat Malaysian Bar kat             kotak alamat.)
     * Dah siap isi benda-benda ni,, kene hantar 3 benda tu ke Malaysian Bar (sukati nak guna kurier            ke ar post ke).
2. Email dari Malaysian Bar : Surat Tiada Bantahan
    - Surat ini perlu kita filingkan ke Mahkamah Tinggi Melaka ikut no kes saman pemula. Tak perlu          letak entiletulement ke apa, upload je terus surat tersebut. Sila klik tajuk SURAT
      DARIPADA PEGUAM.
    -Surat ini juga perlu dihantar kepada RKKK dan Melaka Bar.(sukati nak guna kurier ke ar post ke)

* Saya tidak bertanggungjawab jika terdapat kesalahan mengisi Borang 3,4,5 dan penyampaian Borang1,2,3,4,5, Afidavit.


No comments:

Post a Comment