Tuesday, February 26, 2019

Bidang Kuasa Jenayah

1. Mahkamah Majistret.
Hukuman denda dan penjara tak lebih 10 tahun penjara; atau
denda sahaja; dan
boleh dijatuhkan hukuman tidak lebih 5 tahun penjara, denda tak lebih RM10 ribu; dan/atau
12 kali sebatan.

2. Mahkamah Sesyen.
Semua kes kecuali hukuman mati.

3. Mahkamah Tinggi.
Hukuman mati.

4. Mahkamah Rayuan
Memutuskan rayuan keputusan di Mahkamah Tinggi sahaja.

5. Mahkamah Persekutuan
Dengar rayuan dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Bidang Kuasa Sivil

1. Mahkamah Majistret:
Tuntutan bernilai kurang daripada RM100 ribu.

2. Mahkamah Sesyen:
Dengar semua kes sivil bernilai lebih dari RM100 ribu hingga RM1 juta.

3. Mahkamah Tinggi:
*Tuntutan bernilai lebih daripada RM1 juta.

*Bagi isu-isu di bawah, nilai tuntutan tiada had (hak eksklusif MT):
Penceraian
Isu matrimonial
Admiralti
Kebankrapan
Pertikaian sivil Syarikat
Perlantikan dan Seliaan penjaga kanak-kanak dan hartanya
Perlantikan dan seliaan orang kelainan upaya dan hartanya
Isu Probet
Surat Kuasa Mentadbir

* Bidang kuasa rayuan
kes dari Mahkamah Sesyen dan Majistret

*Bidang kuasa semakan
Semak keputusan dari Mahkamah Bawahan, Tribunal dan badan lain yang quasi-judicial.

4. Mahkamah Rayuan
Memutuskan rayuan keputusan di Mahkamah Tinggi sahaja.

5. Mahkamah Persekutuan
Dengar rayuan dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pindaan Pliding

Pinda guna warna;
1. Merah - untuk pindaan kali pertama.
2. Hijau - untuk pindaan kali kedua
3. Violet - untuk pindaan kali ketiga
4. Kuning - untuk pindaan kali keempat

Sunday, February 24, 2019

Hak Penjagaan Anak Luar Nikah (yang telah diambl sebagai anak angkat)


Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 - pengangkatan de facto- ibu bapa angkat perlu jaga anak selama 2 tahun, baru diiktiraf sebagai penjaga tetap anak- baru boleh dapat sijil pengangkatan

Ibu kandung berhak untuk mendapat hak penjagaan, kawalan dan pemeliharaan ke atas anak luar nikah disebabkan wujudnya dua prisip utama dalam menentukan hak penjagaan anak luar nikah seperti yang terdapat dalam Re Miskin Rowter [1963] 1 MLJ 341 iaitu jaminan terhadap kebajikan anak tersebut dan keinginan ibu kandung.

Seksyen 24 (d) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 - Bidang Kuasa Sivil Mahkamah Tinggi - melantik dan mengawal penjaga budak dan pada amnya ke atas diri dan harta budak.

Perlu consider-Seksyen 30 Akta Kanak-Kanak 2001

Akta-Akta yang tidak terpakai kepada Orang Islam

1. Akta Pengangkatan 1952 (Adoption Act 1952).
2. Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Penceraian)1976. (Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976).
3. Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Guardianship of Infants Act 1961).

Pindaan pliding

Tanpa Kebenaran Mahkamah (Pinda pliding):

Aturan 20 Kaedah 3

Dengan Kebenaran Mahkamah (Pinda writ dan pliding) :

Aturan 20 Kaedah 5

Forum non convenience

Menjalankan pendengaran kes di suatu kawasan atas alasan memudahkan Plaintif dan Defendan.

Penutupan pliding

Aturan 18, Kaedah 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Pliding ditutup bila:
1. Tamat 14 hari lepas penyampaian jawapan; atau
2. Tamat 14 hari lepas penyampaian pembelaan kepada tuntutan balas (jika tiada jawapan); atau
3. Tamat 14 hari lepas penyampaian pembelaan (jika tiada jawpan dan pembelaan kepada tuntutan       balas.

Penjelasan:
1. Tamat 14 hari lepas penyampaian jawapan kepada pembelaan; atau
2. Tamat 14 hari lepas penyampaian pembelaan (jika tiada jawapan); atau
3. Tamat 14 hari lepas jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada counterclaim (kalau ada pembelaan dan counterclaim dari Defendan);atau
4. Tamat 14 hari lepas jawapan kepada pembelaan dan counterclaim; atau
5. Tamat 14 hari lepas pembelaan kepada counterclaim (kalau ada pembelaan kepada counterclaim dari Defendan).

Adakah penghakiman ingkar kehadiran dikira sebagai penutupan pliding? (sedangkan Defendan tidak masukkan kehadiran dan pembelaan langsung)









Guru Ganti Daerah Alor Gajah, Melaka

Sesiapa yang berminat jadi guru ganti sekolah kebangsaan di Alor Gajah, Melaka, boleh clik sini borang online.

Seorang Bankrap enggan melaporkan hutangnya ke Ketua Insolvensi

Situasi:

Seorang lelaki diisytihar bankrap oleh Bank A.
Dalam masa yang sama , lelaki tu berhutang dengan Bank B  tapi Bank B tidak isytiharkan lelaki itu bankrup.

Bolehkah lelaki tersebut tidak melaporkan pada DGI  tentang hutangnya dengan Bank B?

Jawapan:

Section 109 (1) (d) Insolvency Act 1967 (1 November 2017) kata;

Seorang bankrap boleh dihukum penjara atau denda atau penjara dan denda jika dia tidak melaporkan kepada DGI segala hutangnya yang belum bayar sebanyak RM100 dan ke atas selepas persembahan petisyen bankrap terhadapnya. (Kecuali dia boleh buktikan yang dia tiada niat menipu).

Kesimpulannya:

Seorang bankrap wajib beritahu Ketua Insolvensi segala hutangnya terhadap bank lain walaupun bank lain buat senyap je.

* Bank A dan Bank B : pemiutang.
* DGI (Director General of Inolvency):  Ketua Insolvensi.
* Bank A : Pemiutang yang menyebabkan lelaki itu bankrap.

Rujukan tambahan:

Pelepasan Bankrap Penyelesaian Penuh Pemiutang

Borang 3, Borang 4, Borang 5

Chambering di Melaka, FEBRUARI 2019

Isi Borang 3, Borang 4, Borang 5.


Buat e filing " Pemfailan Baru" di Mahkamah Tinggi Melaka.
Lepas diluluskan, akan dapat nombor saman pemula, isi nombor saman pemula pada borang 3,4,5. Perlu ekstrak Borang 3 dan print berwarna.

Kemudian, buat penyampaian (Borang1, Afidavit, Borang 2) dan (Borang 3 yang telah diekstrak, Borang 4, Borang 5) ke;
1. Malaysian Bar (bar Council);
2. Jabatan Peguam Negara (Attorney General Chamber); dan
3. Jawatankuasa Peguam Melaka (State Bar).

 Kepilkan borang asing-asing jadi dua set;
1. Cover letter + Borang 1, Afidavit, Borang 2 (satu set).
2. Cover letter + Borang 3,4,5 (satu set)

Lepas dah buat penyampaian, pupil akan terima:-
1. Email dari Malaysian Bar:
    - Borang Ethic & Professional Course
    - Borang Pupil dan Master's Particulars
    -Perlu buat pembayaran RM150 secara bank draf atas nama MALAYSIAN BAR ( yang ni                   mencabar sikit sebab Malaysian Bar tak bagi nombor akaun,, jadi aku dan banker turut
     confius nak tulis cek macammana,, jadi aku disuruh untuk buat bank draf,,, dalam
     application form tu letak je nama MALAYSIAN BAR,,, pastu letak alamat Malaysian Bar kat             kotak alamat.)
     * Dah siap isi benda-benda ni,, kene hantar 3 benda tu ke Malaysian Bar (sukati nak guna kurier            ke ar post ke).
2. Email dari Malaysian Bar : Surat Tiada Bantahan
    - Surat ini perlu kita filingkan ke Mahkamah Tinggi Melaka ikut no kes saman pemula. Tak perlu          letak entiletulement ke apa, upload je terus surat tersebut. Sila klik tajuk SURAT
      DARIPADA PEGUAM.
    -Surat ini juga perlu dihantar kepada RKKK dan Melaka Bar.(sukati nak guna kurier ke ar post ke)

* Saya tidak bertanggungjawab jika terdapat kesalahan mengisi Borang 3,4,5 dan penyampaian Borang1,2,3,4,5, Afidavit.


Saturday, February 23, 2019

Borang 1, Borang 2, Afidavit

Chambering di Melaka, JANUARI 2019

Isi Borang  1, Borang 2, Afidavit.
*Pastikan tarikh di ketiga-tiga borang sama dengan tarikh efiling.
*Minta pengesahan salinan IC, Surat Beranak, Sijil Ijazah/CLP, Surat habis belajar dan Detail master daripada lawyer lain (bukan Master awak).
*Detail master boleh dapatkan di website the Malaysian Bar (Find a Lawyer).

Cara isi borang


Buat efiling "Pemfailan Baru" di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Upload File:
1. Borang 1+ salinan disahkan lawyer selain master :IC, Surat Beranak, Sijil Ijazah/CLP, Surat habis belajar, Detail master.
2. Afidavit.
3. Borang 2.

Lepas diluluskan, akan dapat nombor petisyen, isi nombor dalam borang.
Buat penyampaian 32 keping salinan Borang 2 ke RKKK. Suka hati nak sampaikan guna Pendaftaran A.R. atau sampaikan secara kediri.
Jangan lupa kirimkan sekali cover letter seperti di bawah.
Kepilkan Borang 2 dua keping-dua keping (jadi 16 set).


* Saya tidak bertanggungjawab jika terdapat kesalahan dalam mengisi Borang 1, Afidavit, Borang2 dan penyampaian Borang 2 ke RKKK.

Lepas tu, baru isi Borang 3, Borang 4, Borang 5.